Ipoh. Ada apa dengan Ipoh?
Di Perak ni kalau cakap pasal benda-benda baru dan tempat yang moden trendy atau chill sikit, orang cakap, jom pi Ipoh lah. Ipoh ni famous dengan tempat-tempat hype dan penuh vibe. Nak jual apa pun boleh kalau kat Ipoh.
Tapi kalau kalian orang luar atau orang Perak yang tinggal jauh dari Ipoh, mungkin capaian tu susah sket dari vibe crowd Ipoh ni. Jadi macam mana nak feel atau akses? Jawapannya buat website la. Jom la kome kita buat website. Jauh-jauh pun orang dapat beli punya.
Website ni apa?
Website ni dalam bahasa melayu bermaksud "Laman Sesawang". Satu platform online yang kekal sampai hari ni. orang putih cakap "evergreen". Walaupun Facebook, Instagram dan Tiktok telah mendominasikan dunia sebagai tempat hebahan maklumat, tetapi kita jangan pandang ringan akan kekuatan website.
Website punyai kekuatannya tersendiri
Tiktok, Facebook, Instagram dan Youtube tu pun website juga kome. Cuma teknologi, konsep dan konteks website mereka sahaja berlainan. Pakar website mengklasifikasi mereka berempat ni sebagai UGC. UGC ni singkatan kepada User Generated Content. Maksudnya, dia platform kosong je, content semua user isikan. Tu yang wujud Content Creator bagaikan cendawan tu.
Website untuk rakyat marhein berdekatan Ipoh
Jadi untuk orang marhein macam kita ni, yang punya bajet yang limited, jangan la buat website macam deme, buat website yang sesuai dengan prospek kome. Tahukah kalian ada satu studio di Seri Iskandar, Perak yang menyediakan khidmat membuat website dan produk photografi dan videografi? Ha, tak tahu maka x cinta. kami adalah Melakar Studio. Kami dah berpengalaman lebih dari 15 tahun dah dalam bidang rekabentuk digital ni. Studio kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan kalian. Tapi buat appoitnment dulu ya. Supaya dapat bertemu dengan wakil yang bersesuaian.
Website berbentuk "Sales page"
Ok kembali kepada website marhein. Nak buat website menjual? Mudah je, jika kalian menjual 1- 5 produk jom kita buat website berbentuk landing page tapi dalam formasi laman "sales". Mat saleh cakap "Sales page". Jika tidak mampu buat yang mahal-mahal atau canggih kita boleh adjust gunakan platform yang sesuai dengan bajet kalian. Apa yang penting objektif untuk menjual produk tercapai. Tidak semua website moden perlukan anda bayar tahunan. Kita syorkan yang mudah dan terbaik.
Website berbentuk "E-Commerce"
Tapi tuan saya ada banyak produk. Ha, jika kalian menjual lebih dari 5 produk jom buat e-commerce. E-commerce ni paling padu lah, korang letak produk dia boleh auto run dan terima sales secara sistematik. Cuma kebanyakan penjual mungkin dah terbiasa menjual dengan Shopee dan Lazada ada yang merasakan tidak perlu ada e-commerce sendiri. Tahukah kalian 30%-60% revenue kalian boleh meningkat jika mampu tarik audience sedia ada tu ke website e-commerce sendiri.
Website berbentuk "leadpage"
Kalau tiada produk hanya tawarkan perkhidmatan macam mana pula?. Ha ni pun satu hal, perkhidmatan atau servis juga adalah produk. Jika korang buat servis jom buat website yang mengumpul prospek. Sebab yang ni lain sikit game dia, korang kena banyakkan knowledge dalam menawarkan perkhidmatan secara "nilai" atau "value'. Perkhidmatan ni di nilai secara subjektif, jadi banyak kayu ukur dia kita kena fahami secara detail. Untuk langkah pertama, kenali audience atau pelanggan tersebut dan jadikan mereka pelanggan dengan strategi "lead page" dapatkan data untuk anda hubungi mereka.
Website yang menjual produk orang lain
Kebanyakkan penjual di Malaysia menjual produk orang lain. Ada yang jual secara dropship, ada juga yang menjual secara affiliate dan ada yang jual secara langsung atau retail dengan membeli produk secara pukal (agenatau stokis) dan jual semula dengan harga retail. Untuk 2024 ni kita dapat lihat pilihan utama pusat jualan golongan ini adalah di Tiktok , Shopee dan Facebook.
Tetapi tahukah kalian, bahawa dengan website korang boleh leverage lagi kos dan keuntungan dengan menual produk orang lain. bagaimana? Sila hubungi kami di Melakar Studio.
Jika kita kreatif, hampir semua boleh dilakukan dengan website. Tetapi kena la tahu apa objektif. Kami akan bantu anda memilih objektif tersebut.
Jika anda nak dapatkan konsultan dan khidmat design website bersama kami di Melakar Studio jangan tunggu lagi, jom grab promo.