Tentang kami

Sejarah

Sejak tahun 2011 kami mendedikasikan bakat kandungan kreatif secara sambilan dalam menghasilkan rekabentuk kreatif  bahan pemasaran model perniagaan BnB (bed & breakfast) atau rumah tamu yang diusahakan oleh Morezki Marketing and Resources . Entah bagaimana, wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia yang mula memberi  impak kepada model perniagaan BnB, maka kami terpaksa menukar model perniagaan untuk kekal selamat ketika ekonomi belum stabil.

Justeru, pada awal 2021, Morezki Marketing and Resources telah menukar model perniagaan dan upgrade niche perkhidmatan reka bentuk dan produk  kreatif kepada pasaran yang lebih luas. Ketika itu permintaan produk kreatif amat tinggi. Maka pada tahun 2021, kreatif team kami telah diberikan nafas baru dan dijenamakan semula kepada  Ritornello Melakar Studio (IP0554910-A) atau lebih mudah dipanggil dengan nama Melakar Studio.

 

Melakar Studio (2021 hingga kini)

Melakar Studio menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan dan perkhidmatan seperti reka bentuk interaktif, reka bentuk web, reka bentuk aplikasi, reka bentuk e-dagang, penjenamaan media sosial, reka bentuk produk, reka bentuk media acara dan menghasilkan produk digital seperti ebook, latihan video, aplikasi web dan aplikasi mobile. Kami mempunyai beberapa kerjasama dengan pembangun yang hebat untuk membawa projek digital ke seluruh dunia.Melakar Studio juga fokus kepada penghasilan dan peluncuran produk digital berkualiti yang inovatif untuk kegunaan semua peringkat.

Kenali founder & pasukan utama

Content Creation

Design & Production

Micro Job

Expert Consultation

Startup Partnership